Opini dari Jiran

Setiap Pejuang Akan Diuji

| dilihat 976

Ahmad Zahid Hamidi

PADA hari ini (9 Dzulhijjah) jemaah haji Malaysia akan bergerak ke Arafah untuk melaksanakan ibadah Masyair yang merupakan puncak ibadah haji. Inilah hari yang dinanti-nantikan oleh semua calon haji dalam melaksanakan rukun dan wajib haji di Arafah, Muzdalifah dan Mina dengan yang utama, berwukuf di Arafah.

Pada saat wukuf di Arafat kita menyaksikan jutaan manusia dari berbagai pelosok dunia tanpa melihat bangsa, bahasa dan warna kulit berkumpul di Padang Arafah yang luasnya 18 km persegi.

Tanpa wukuf ibadat haji akan menjadi sia-sia. Rasulullah SAW bersabda: “Haji itu adalah Arafah (wukuf di Arafah)”.

Wukuf di Arafah adalah amalan yang sangat besar dampaknya, serta suasananya menggambarkan perjuangan, pengorbanan dan kepatuhan seorang hamba kepada Penciptanya, sekaligus juga merupakan gambaran Padang Masyhar.

Ketika berwukuf sebaik-sebaik ibadah adalah berwirid, bertahmid, berzikir, beristigfar, bermunajat kepada Allah dan berdoa agar diampunkan dosa dan diterima segala amal.

Wukuf mendidik jemaah haji berkaitan hari (kelak, manusia) dibangkitkan di Padang Mahsyar. Kain ihram putih mendidik jemaah haji, bahawa bukan pangkat, harta dan derajat yang membedakan setiap kita, karena yang membedakan kita adalah keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Aksi massal tahunan umat Islam di Arafah juga menjadi gambaran, betapa perdamaian, perpaduan dan persatuan menjadi kekuatan dan keutamaan dalam Islam.

Ketika berwukuf di Arafah, seluruh umat mampu berhenti sejenak dari memikirkan hal-hal dunia, bersatu hati, merenung sejenak dan memohon keampunan dan keridhaan kepada Allah SWT.

Gambaran ini seharusnya menangkis persepsi negatif bahwa umat Islam merupakan golongan yang gemar bersengketa, mencetuskan peperangan dan permusuhan.

Tahniah kepada Pengurusan Tabung Haji (TH) karena semenjak didirikan pada tahun 1969, tidak pernah gagal memberikan pelayanan terbaik kepada para jemaah haji, terutama ketika wukuf di Arafah.

Jika tahun ini sekitar 30.200 jemaah haji dapat berwukuf, tidak mustahil selepas ini kuota jemaah haji Malaysia dapat ditingkatkan sebagaimana pernah dilakukan oleh pemerintahan terdahulu.

Pada tahun 2017 sebanyak 42.200 jemaah Haji Malaysia berada di Tanah Suci untuk melaksanakan Rukun Islam Kelima, itu.

Perpaduan (persatuan) Umat yang diusahakan oleh UMNO dan PAS akan memberikan satu natijah yang terbaik kepada rakyat Malaysia.

Pada 13 hingga 14 September ini, pertemuan untuk penyatuan umat bakal berlangsung di Dewan Merdeka PWTC, Kuala Lumpur.

Putih menjadi warna tema himpunan. Rakyat di seluruh negara tanpa mengira fahaman politik, partai, institusi dan latar belakang digalakkan memakai pakaian putih pada tarikh tersebut sebagai tanda menyokong Muafakat Nasional dan Penyatuan Umat. Pertemuan besar ini bakal menyaksikan di acara puncaknya Meterai Piagam Ta’awun Siyasi UMNO- PAS, yang akan menjadi lembaran baru politik tanah air (Malaysia).

Piagam Ta’awun Siyasi UMNO- PAS menjadi gambaran, walaupun begitu lama kedua partai terbesar orang Melayu Bumiputera ini bersengketa dalam politik, tetapi apabila melibatkan kepentingan bersama demi negara dan rakyat keegoaan politik kepartaian dikesampingkan perpaduan umat diutamakan.

Piagam Ta’awun Siyasi UMNO-PAS akan menjadi titik tolak perpaduan dan kelangsungan politik orang Melayu dan Bumiputera, tanpa meminggirkan kaum lain.

Tantangan terbesar kepada ta’awun UMNO-PAS adalah menjaga dan mengaplikasikan kandungan dalam piagam yang dimeterai. Pengorbanan diperlukan bukan hanya di kalangan individu dalam partai bahkan partai secara amnya.

Formula kepada kejayaan ta’awun ini adalah menang-menang (win-win situation). Sering saya ingatkan bahawa tidak sesekali UMNO akan mengkianati ta’awun ini kerjasama ini merupakan amanah yang perlu dipikul bersama antara UMNO dan PAS.

Walaupun terdapat usaha-usaha untuk mengagalkan hasrat murni ini oleh pihak tertentu dengan memberikan pelbagai tuduhan dan presumsi, Insya Allah ta’awun ini mampu direalisasikan dengan baik.

Selain ibadah haji, pada bulan Zulhijjah juga, kisah pengorbanan Nabi Ismail a.s. dengan penuh kerelaan menyerahkan jiwanya untuk dikorbankan oleh ayahanda Nabi Ibrahim a.s, karena kepatuhannya kepada perintah Allah.

Pengorbanan ini menjadi titik tolak disyariatkan ibadah korban pada Idul Adha. Di sebalik kisah pengorbanan suci ini, terbersit beberapa hikmah, iktibar dan pedoman terutama kepada setiap pejuang UMNO di saat politik getir dan berkecamuk ini antaranya:

• Setiap pejuang pasti akan diuji oleh Allah SWT. Para Nabi dan Rasul adalah orang yang paling kuat menerima ujian daripada Allah SWT. Hanya mereka yang kental dan istiqomah dalam perjuangan mampu mengharungi ujian ini. Setiap ujian merupakan peringatan, teguran, penghapusan dosa dan juga untuk mengangkat derajat diri seseorang.

• Akur, patuh dan bertaqwa kepada Allah SWT menjadi titik kejayaan dalam perjuangan. Kepatuhan Nabi Ibrahim kepada arahan Allah SWT menjadi titik tolak keberhasilannya dalam perjuangan. Akur dan patuh kepada kepemimpinan partai selagi tidak bertentangan dengan dasar perjuangan dan syariat.

Dua peristiwa besar dalam Islam ini membuktikan pengorbanan dalam perjuangan bukanlah satu proses yang asing.

Hari ini UMNO dan pendukungnya diuji. Kita jadikan Masyair di Arafah, Muzdalifah dan Mina sebagai landasan membina kesatuan internal partai dan membina perpaduan umat UMNO-PAS.

Jadikan pengorbanan nabi Ibrahim a.s dan nabi Ismail a.s sebagai teladan terbaik dalam perjuangan. Jiwa dan raga dikorbankan bagi melaksanakan perintah Ilahi.

Hari ini setiap pejuang dan pendukung UMNO diuji, hanya mereka yang berjiwa kental, ikhlas dalam perjuangan mampu bertahan dan istiqomah (konsisten) dalam perjuangan.

Semoga dua peristiwa besar ini menjadi momentum dan sumber inspirasi bagi kita semua dalam perjuangan ini. |

 

Ahmad Zahid Hamidi - Presiden UMNO (United Malay Nation Organization), mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Artikel ini diunggah dari akun facebook-nya, bertajuk: Himpunan Arafah Antara Pengorbanan dan Perpaduan, dialihbahasakan oleh Karim Labai

Editor : Web Administrator
 
Humaniora
24 Mar 24, 15:58 WIB | Dilihat : 102
Isyarat Bencana Alam
16 Mar 24, 01:40 WIB | Dilihat : 518
Momentum Cinta
12 Mar 24, 01:26 WIB | Dilihat : 526
Shaum Ramadan Kita
09 Mar 24, 04:38 WIB | Dilihat : 446
Pilot dan Co Pilot Tertidur dalam Penerbangan
Selanjutnya
Seni & Hiburan
03 Des 23, 14:05 WIB | Dilihat : 432
Kolaborasi Pelukis Difabel dengan Mastro Lukis
29 Sep 23, 21:56 WIB | Dilihat : 1503
Iis Dahlia
09 Jun 23, 09:01 WIB | Dilihat : 1322
Karena Lawak Chia Sekejap, Goyang Hubungan Kejiranan
Selanjutnya